cupid

Wednesday, 4 March 2015

Pahit

Assalamualaikum.

Setiap kali aku update entry mesti perkara sedih yang berlaku.

Kali ni

Pun sama.

Aku gadis pingitan yang berjiwa besar tapi punya hati yang kecil. Kerap kali aku sadarkan diri sendiri yang aku ni bukan lah yang terbaik di kalangan keluargaku. Kerana mereka jauh lebih bagus dari aku.

Kadang kala aku angan mat jenin yang aku hidup bersama keluarga yang aman sentosa. Namun itu hanyalah angan yang tak dapat dikecapi. Malah ayah ku sendiri memarahiku tanpa mendengar penjelasan ku. Aku sedih sendiri. Bukan tak mau menunjuk tapi biarlah kesedihan itu menjadi kekuatan untuk ku berdikari di tempat orang.

Menggigil jangan cakap. Sampai rasa nak lari rumah.

Banyak kali aku fikir tapi aku nak lari rumah siapa? Aku bukan punya wang

Aku bukan lah anak tak kenang dek untung usaha keras ibu bapanya. Aku mengerti. Aku memahami. Dalam diam aku cuba menolong. Tapi itu tidak cukup. Ayah tidak memahamiku. Dia bilang aku tidak dengar kata, ibu cuba menteteramkan ku kerana si ibu cukup memahami kehendak ku. Sedangkan ayahku menuruti permintaan abang serta akakku. Bila giliranku, dia membantah habis-habisan. Lidah ku kelu bila mendengarkan ugutannya. Bukan aku tidak boleh berlawan kata dengan ugutannya tapi disebabkan dasar hormat diatas orang yang mencari duit untuk keluarganya, maka aku diam. Aku pasrah dan akur. Mungkin dia ingat bahawa aku takut dengan ugutannya, tapi maaf. Anda tersilap. 

Aku begitu mudah mengalirkan air mata kerana itulah satunya cara untuk aku meluahkan rasa yang tersirat tanpa membuka mulut untuk bercerita. Sedangkan apa yang ku lakukan adalah betul. Demimu ayah. Ku kuncikan mulutku agar kau tidak terluka,

Tapi, kini ku sudah jauh hati untuk berada dekat dengan mu. Ku lebih rela tidak balik daripada balik tetapi ada sahaja pergaduhan yang mampu membuat ku mengalirkan air mata. 

Tidak sanggup.

Kudrat ku sudah lemah

Jiwa ku sudah beku makan pujuk rayu

Jika aku pergi menghadap Ilahi, Ampunkan lah segala dosa umpatan serta kata caci maki yang telah aku keluarkan tanpa sedar ataupun sedar. Halalkan makan minumku serta duit mu. Maaf.