cupid

Wednesday, 31 December 2014

D.i.a

Assalamualaikum.

Nak tanya sikit.

Korang kalau marah, korang buat apa?

Aku. ni. jenis. sensitif.

Admit.

Because they all are too busy pointed all the mistakes to me without knowing what they have done to me. My feelings.

Don't. They just don't bother about it.

Just because of simple question, they get agry.

Wth is wrong with that girl?

Btch

Sunday, 30 November 2014

Kisah Lalu

Assalamualaikum.


There is something that always keep playing in my mind. Somehow, I have to let it go :)


I prefer to be disappear infront of you if this can make you be more comfortable with the decision that you have made. I don't want to be someone that can be burden for someonelse. I'm really sorry. I thought I knew who you were but watch how fast I forget something special about you. You such an amazing girl. You are a preety girl with brain. And I hope you will get what you want in this life. 

Should i stop now? Cause I think my english not that good enough. But, hey. Who cares? At least, I'm trying to step forward and improve it. Testing test test test one two three, ermmm hello anyone? ERk. Okay. Aku dah rosakkan Bahasa Inggeris. 
Astaghfirullahalazim......Hehe

Marriage

Assalamualaikum.

Siapa yang eksaited nak kahwin? Put your hands up! yeay yeah. Put put put your hands up. Uh uh uh. But please make sure yang korang tu dah ada fix pekerjaan and gaji yang boleh bagi nafkah isteri ye wahai kaum adam yang suka ambil sambil lewa this issues. SEGELINTIR. 


Jangan la sentap sangat bro, kan dah highlight tu. 


Takkan korang nak bagi isteri yang disayangi makan pasir? Agak-agak lah. So, start dari sekarang la kena fikir. Jangan nak tabur semua duit kau kat makwe-makwe keliling pinggang yang akhirnya sorang pun tak lekat. Membazir bro. Jangan pulak kau tabur duit kat gadget bro macam iphone 6. Itu lagi menatang haram jadah, bazir gila kau tauuuuu. 


Wake up. And think twice before u act. 


Semua duit yang kau taburkan kat aweks, rokok, gadget, kereta akan tahan lama tak? Duit tu akan beranak jadi banyak tak? 


Tak, bukan? Bawa penyakit adalah. Mulalah nak pinjam loan kat bank then kena kejar pula sebab tak bayar. Pinjam sana pinjam sini. Jangan nak kahwin nanti pinjam duit mak bapak sudah. Itu memang tak guna punya anak. Kalau dah kahwin pinjam duit mak bapak, abis lepas kahwin duduk rumah mak bapak sampai bila-bila gitu? Ah sudahhh. 


Baik tak payah kahwin. Dari kecik mak bapak kau dah taburkan duit kat kau, macam gitu kau balas. Ingatkan kalau dah kahwinkan kau, lepas sikit bebanan diorang. 


Ingatlah. Insaflah. Renungkanlah. Diorang tu dah tua. Sepatutnya tanggungjawab diorang kau tolonglah kurangkan. Apa salahnya jika kau pula tanggung perbelanjaan diorang pergi menunaikan ibadah Haji? Itu pelaburan untuk saham akhirat. Kan molek begitu.


This is my two cents. Start sekarang korang kena fikir masa hadapan. Lantak pi lah orang nak kata apa. Cari pekerjaan masa cuti sekolah, simpan duit. Kalau boleh simpan kat ASB, dapat lah sikit dividen. And if kau dah kerja, cuba try main saham. Kalau pasal gadget tu tolak ketepi. Kau tau tak semua gadget tu ada susut nilai? Tak tau?


Ok, meh dengar. Aku bagitau. Semua gadget yang orang lain duk agung-agungkan tu macam sekarang ni iphone 6. Ada susut nilai. Ada ke kau perhati yang iphone 5s harga dia lagi tinggi dari iphone 6. Takde kan? Itulah susut nilai. Barang yang kau beli memang takkan naik harga in the future. Lainlah kalau beli aset semasa. Aset semasa divide into 2, Long-term and short term. Aku suggest, long-term assests. Macam tanah. Senang cite property kau. Haaa, Investlah duit kau kat tanah, rumah, emas. Biarlah orang kata kereta buruk, telefon cikai. Tapi, diorang tak tau yang korang ni hartawan yang punya tanah beratus ekar. 


Kekayaan seelok-eloknya jangan ditunjuk. Padah. Haa, dah kaya jangan lupa diri. Sumbangkan lah kekayaan ke jalan Allah. Beli saham akhirat untuk sebagai bekalan. Kaya didunia tak kemana. Binalah masjid. Bila kau dah meninggal, kekayaan kau didunia terputus. Yang tak putus, salah satunya adalah pahala bila orang kunjungi masjid yang kau bina tu. 


And para bakal isteri, completekan diri anda luar dan dalam. Pakej mesti tip top. Especially, pandai masak tanpa tenguk buku resipi. Kalau aku masak, aku campak je semua ingredients asalkan ada rasa. Act, ni haaa nak bagitau lelaki pun kena pandai masak tauuuuuu. Jangan buat dunno je. Tenguk ayah aku, pandai masak. Sebab tu la anak-anak dia tak boleh kata tak nak pada makanan. Bukan apa, mak aku pun pandai masak. Tapi, ayah punya lagi the bestttt! Ampun, ibu. Anakanda mohon ampun. Mohon jangan terasa. Ayah aku ni main campak je segala bahan yang ada, asalkan ada rasa. Tapi, sedap woooo. No doubt. So, aku pun terikut lak rentak ayah ku. Hahahaha. Don't you ever ask me about the ingredients. 


Ingat ye wahai bakal isteri sekalian. Lepas anda berkahwin. Tanggungjawab parents anda terputus, laki hang pulak yang bertanggungjawab atas anda. Maka, dengarlah cakap suami. Jadilah isteri solehah. Kumpulkn pahala. Sebenarnya banyak pahala boleh dapat bila bergelar isteri ni, cuma nak atau tak nak lah. Refer ustazah ye. sebab aku ni kecik lagi. Under age. Aku dah tahu, tapi biarlah korang tau secara privasi. Ini terlampau public.


And yeah. Jaga solat. Jaga makan minum suami. Jaga semua berkaitan keluarga. Jaga perhubungan. Jaga apa yang patut.


Jika nak dibincangan pasal aurat. Aku tidak layak dijadikan rujukan. Disebabkan aku juga masih mencari kesempurnaan dalam diriku. Malah mencuba menjadi yang lebih baik.


Aku bukan pakar motivasi.
Sebab aku suka bagi nasihat beradasarkn ceramah yg aku dengar.
Aku juga bukanlah baik sangat.
Sebab aku masih mencari keredaan Illahi.


Jangan samakan diriku dengan kata-kataku.
Aku juga telan kata-kataku
Sebab ku tahu ku masih jahil
Disaat aku nasihatkan korang
Aku juga nasihatkan diri sendiri
Agar tidak lalai dengan duniawi
Sebab kita semua adalah bakal jenazah........








Him

Assalamualaikum .

Since I met you , I've fallen in love with you at least a hundred times for a hundred different reasons . Sometimes I fall in love with you when I watch you doing something you enjoy , something you're so involved in that you're unaware of my presence . Sometimes I fall in love with you when I listen to you talk to other people . Whether you're being interesting and funny or warm and caring and genuinely concerned , you have a way of making people feel better with nothing more than words . Sometimes I fall in love with you just thinking about you , remembering all the memories we've made... falling in love for the first time , staying in love during the rough times , finding more to love about each other every day . And whenever I think about the wonderful things that lie ahead of us , I fall totally and completely in love with you all over again .


Maybe, ini yang akan terjadi bila aku jatuh cinta? Aku bukan pakar cinta tapi aku kaki novel genre cinta. Mungkin aku tak sweet, but itulah cara untuk kau ingat aku. 

Saturday, 29 November 2014

Birthday

Assalamualaikum.

Hari ni, baru genap umur ku 18 tahun. Rasa kejap pulak aku membesar. Badan makin dah dipam pammm. Ekceli aku dari kecik sampai la hari ni, badan aku memang bolat bolat besar (Please nyanyi sikit lagu bulat kecil bulat besar. Jangan kata kau tak tahu lak? Nampak sangat masa kecik tak main pondok-pondok). Hahahaha. Entah bila aku nak kurus pun aku tak tahu. Rasa insecure tu memang saban hari datang weyhhh. Toksah habaq, dia mai sendiri. Gila kau tak insecure dengan orang kurus then cantik? Kau rasa? Memang susah nak telan fakta bahawa aku ni suka makan banyak. 


Insecure lagi bila hadap hakak hakak aku yang kurus lagi hot beb. Ramai gila admire diorang, lagipun ramai kaum adam minat kat hakak aku nih. Penuh bilik dengan teddy bear orang yang minat diorang. Ada juga peminat misteri. Mana aku tau? Alahai, aku boleh nampak. Cuma hakak aku tak perasan. Ada sekali tu shopping dengan dia nak beli bag, sekali 3 orang promoter lelaki dari setiap penjuru tunggu dia nak bukakkn resit. And unfortunately, dia tak perasan. Sebab busy pilih handbag. Actually, sorang dah ah. Ni sampai tiga? Nak kata diorang tak nampak ada promoter dah tunggu, tak juga. Sebab diorang bertiga tu kengkawan. Mana aku tau diorang tu kengkawan? Sebab aku ni stalker. Hahaha. Takde la. Sebab masa aku turun escalator nk gi bahagian handbag, aku perasan diorang gossip berjemaah. 


Aku?


Toksah ditanya. Walaupun korang tak tanya, aku nak cite gak. Hahaha. Ni perbandingan ni. Udah confirm size baju diorang xs and aku xl. Jauh sangat tu beza kan? Haaaa kan dah cakap. And the bonus is, diorang putih semulajadi okayyyyyy. Bukan putih produk. And aku pulak hitam semulajadi okayyyyy. Bukan sebab sengaja hitamkan diri. Gilo ke apa, dah elok putih nak hitamkan diri. Manusia jenis apakah itu? Hanya wujud di negara barat ya pak, enggak wujud di negara asia. And aku sangat la sedih sampai mau lari ke penghujung dunia. Tapi, boleh kau bagitau penghujung dunia tu kat mana ek? Senang sikit nak apply tiket flight, toksah google. Jenuh den nak cari. Dah alang-alang kau baca, komen la sikit penghujung dunia tu terletak di mana?


Kalau nak cite kenapa aku insecure hakak-hakak aku, banyak sangat la bedanya dari aku. Dah boleh buat novel. Dah boleh la den hantar manuskrip kat karangkraf. Request terbitkan novel bertajuk "Insecure". And the strongest reason sebab aku insecure diorang adalah kerana diorang bijak. Bak kata buaya darat kalau comment di instagram 


"Cantik luar cantik dalam"


"Boleh bawa jumpa mak ni, sesuai sangat jadi menantu mak"


"Haaaaa, ni baru la pretty girl with a brain"


"Eh, awak takdelah cantik mana" (Alah, trick lama la. Act, nak suruh aweks hot tu reply comment )


"U, study mana?"


Ok dah cukup. If you are a guy who read this, please do not comment like this. If you like that girl so much, go and get her. But please do not do something like this stuff in public (refer comment atas) cause adalah sesetengah girls tak suka. Perhaps, you can try to stalk her but please cover. And try to go to her place, and try to investigate wheather she's have a boyfriend or not. Kalau ada, tunggu. Setia is sweet. And you can do sweet stuff, like help her. Macam you like a shadow yang selalu ada dengannya masa susah dan senang. Jangan bagi dia tekanan cause we are humans, we do have our own choice. Right? Macam kau, kenapa kau pilih dia? Sedangkan ramai perempuan lain lagi kat luar. Cause you have your own choice. And akhir sekali jangan kecewa kalau tak dapat dia, percayalah Allah tahu jodoh kau yang mana satu. The most important things is, sebelum kau beria-ia nakkan perempuan tu untuk jadi suri dihati kau. Jalinkan hubungan dengan Allah. Buat solat istikharah. Mohon petunjuk. Agar esok lusa kau takkan terkecewa dengan pilihan sendiri. Since kau lahir, jodoh kau dah ada. Kau cuma perlu berusaha cari dan cari. This is my two cents.


And if jodoh tu tertulis kat sebuah buku yang boleh kita nampak. Dah lama dah aku cari lelaki yang sepatutnya jadi husband aku. Then aku just cakap 


"Walaupun kita tak kenal satu sama lain, tapi saya tengok kat buku jodoh yang awak ni jodoh saya. So, boleh kita berkawan?"


And apa? Korang ingat aku terus ajak kahwin ke? Silap besar. Tak pasal-pasal bakal husband aku buka langkah seribu. Slow slow dah la, takyah gelojoh sangat. Sebab aku dah nampak jodoh depan mata. Tak ke mana pun dia, sebab dah tertulis jodoh dia dengan aku. Unless kalau dia tu gatal, siap dia kena ketis dengan aku. Jangan memain ye bakal husband. Saya merajuk, awak kena pujuk.


Kadang-kadang dalam perhubungan kena ada give and take. 


To make it easier, sebelum nak jalinkan hubungan. Refer pada Allah. If that girl/boy will be your wife/husband in the future.


Hati manusia ni lembut. Walaupun rupa fizikal luaran diorang nampak kasar. Tapi, the most sensitive part yang para doctor di dunia ini tak dapat rawat ialah hati. Bila kau dah kecewakan dia beb, keyakinan diorang BOOOOOOOOOM down terus. And dah pasti lah kau akan dibenci sampai mati. So, think twice before you act. 


Hakak aku and aku semua single.


Ini bukan promote ke apa ya. Just want to make it clear, relationship that build without marriage is nothing. 


Kalau aku, aku nak terus kahwin. Bukan gelojoh, cuma aku terfikir. Kalau aku couple, semua benda bakal husband aku dah tau. Nanti dah kahwin, takkan nak cite benda yang sama. Sebab aku ni becok orangnya. Mesti bosan kalau semua pasal aku bakal husband aku dah tau sebelum kahwin. Nanti dah kahwin, nak cite apa? Semua benda dia dah tau, menyampah. Mati kebosanan aku nanti sepanjang duduk dengan dia. 


Wujud lagi tak lelaki yang encemm tapi still single (tak pernah couple since lahir)?


Ermm, ade ke haa........


Tinggalkan comment anda di bawah kalau ada. Sertakan sekali nama and umur. 


Nak masuk jarum ni. hahahahaha.


Ok, memain jek. Kihkih.


Ok. bye. nak makan.




Nota kaki: 
Jangan kutuk aku. Kenot kenot sebab ini blog aku. So, sukahati akulah nak taip apa. Merepek ke melalut ke. Yang kau tu ha, pahal nak baca? Dah la baca tak mintak izin, pastu nak kutuk orang. Aku tau la ni entri ni public, tapi where is your manners ha? Masuk rumah orang takkan tak bagi salam or ketuk pintu. Nampak sangat terus terjah. Dah dah masuk je la, buat macam rumah sendiri. Tinggalkan gula-gula lepas baca. Jangan lupa pulak! 

Thursday, 27 November 2014

Aku

Assalamualaikum.


Aku,
Gadis meningkat remaja.
Hormon tidak stabil.
Gemuk orangnya.
Kulit hitam legam.
Bau badan yang kurang menyenangkan.


Dia,
Lelaki meningkat dewasa.
Bayaku.
Idola setiap gadis.
Ramai meminatiya.
Disebabkan gayanya, tutur katanya, 
Encem and macho opkos laaaaa


Aku meminatinya bukan disebabkan perkara yang dinyatakn di atas.
Aku meminatinya disebabkan mengetahui dia tak minat girls.
Which means, dia single.
And, 
Aku tertanya-tanya sebab dia masih single?
Sebab pelik.
Kerana dia punya segalanya.


Lainlah diriku,
Aku single dari dulu.
Ada orang nak, 
Tapi ku tolak.
Sebab that is too mainstream bebbb


Sebab ku single, 
Ialah. Aku.
Hanya menerima pelawaan perkhawinan.
Entahlah. Padaku.
Kan elok begitu.
Tanpa ada sebarang ikatan perhubungan seperti "couple"


Aku hanya mahu jawapan kenapa dan mengapa dia tidak mempunyai teman istemewa.
Sedangkan dia mempunyai pakej lengkap sebagai seorang suami.


Hatiku sejuk.
Jiwaku luruh.
Mataku sayu.
Bila saat ku mengetahui dia,
Turun ke surau menunaikan solat subuh.


Kerana, 
Tidak ramai lelaki yang buat sedemikian.
Mereka lebih suka solat di bilik.
Segelintirlah.

Disebabkan peristiwa itu, aku jatuh suka berkali-kali dengan mu. Mungkin aku tak tahu kehidupan lepasmu. Tapi yang pasti, aku mahu kehidupan mu yang seterusnya. 

Kau tidak mengenali ku, Obviously la, sebab aku ni tidak la dikategorikan sebagai wanita pilihan mu.
Sudah terang lagi bersuluh. Ku udah tauuuuuuuu sik. Saat mataku tertancap dengan susuk tubuhmu di surau pada pagi itu, aku tergamam. Sangkaan ku padamu jauh meleset. Dan aku mohon maaf ye wahai orang kidal. 


Aku. Suka. Kau.

Maknusia

Assalamualaikum.

As we all identify by our own, 


"We all are not perfect, neither you"


Kita maknusia,
Punya hati dan perasaan,
Kadang kala alpa dengan duniawi,
Tanpa memikirkan akibatnya kelak,
Bila jatuh tersungkur baru nak merangkak menghadap Ilahi.


Namun, 
Khayalan didunia ibarat dadah,
Semakin dikorek pasti mahu mencuba,
Cuba dan cuba lagi,
Sampai tiada memikirkan dosa dan pahala,
Nampak tak bertapa effectnya kuat?
Sampai kita pun tidak dapat menolaknya,
Sedangkan kita boleh selagi masih ada iman di dalam diri kita sendiri.


Payahnya,
Pabila mudah putus asa,
Tapi berangan mau sucess,
Jangan dibilang jika tidak mau berusaha.
Ada yang kena diterajang.


Mulut maknusia,
Susah ditutup,
Walaupun disumbat dengan kertas dan batu masih lagi mahu berkata-kata.
Disebabkan itu lah golongan itu layak,
Dinasihati,
"Jangan kerana mulut, badan binasa"


Kita punya matlamat, 
Matlamat aku,
Pejamkan mata pekakkan telinga,
Bangga kan mak bapak,
Walaupun mereka banyak sakitkan hati aku.
Namun, aku fikir,
Kita.
Maknusia, punya kesilapan.
dan kesilapan itu tidak dapat diperbetulkan.
Maka, maafkanlah mereka.
Ku tahu, 
Mereka tidak sengaja.
Kerana aku pun jahat juga.


"Sezalim-zalim maknusia, mereka punya hati yang lembut"


Warkah buat diri sendiri

Assalamualaikum.

Hello, wo jiao A zi lin. 18 sui le. Raofa................

Ni mang ma? 

bu?

xie xie.

Kehadapan A ZI LIN pemimpin blog si pemimpi punya mimpi,


Hari ini, Terdetik untuk menaip kata-kata untuk diri sendiri. Kerana terfikir, jika aku hilang ingatan. Siapakah yang akan kembalikan memori ku? Jika bukan aku sendiri. Maka ini adalah persediaan buat diriku pada masa akan datang. 


Peringatan buat diriku, aku memberi nyawa kepada blog ini bukan untuk suka-suka. Tetapi untuk menaip tentang perjalanan hidupku yang telah berlalu sekilas pandang. 


Andai suatu hari nanti aku tiada kudrat untuk memperingati peristiwa yang telah berlaku. Akan kujadikan entri di blogku ini sebagai santapan mataku untuk mengembalikan semula ingatanku. Aku sadar yang aku sudah mula lupa peristiwa yang berlaku dikehidupanku disebabkan short-term memory otakku ini. 


Setiap detik yang berlaku dahulu, kini terbang meninggalkan kotak memori ku. Akan ku manfaatkan kamu wahai nyawa simpananku iaitu blog untuk memperingati detik-detik ku sebagai manusia.


Wahai manusia.


Tahukah anda bahawa anda sangatlah sensetippp. Anda gemuk, hitam, rendah orangnya. Ya. Anda bukanlah gadis idaman semua lelaki.
Paras rupamu tidak mampu membuatkan kaum adam menyukai mu. Apatah lagi dengan sikapmu dan jelingan mu membuatkan mereka semakin menjauh. Begitu juga kaum hawa.


Akan tatapi, 


Ada yang kawan denganmu disebabkan sifat semulajadi mu. Tanpa perlu cover, ada juga yang menerima mu seadanya. Namun itu semua boleh dibilang dengan jari kerana ada segelintir maknusia yang hanya memakai topeng muka demi untuk kepuasan diri sendiri. Namun kau jenis yang berwaspada. Kau jentik mereka dengan kata-kata bisa yang keluar dari mulutmu.


Jika mereka kawan sejati. Mereka akan sabar dan stay. Jika mereka pergi meninggalkan kamu maka mereka adalah maknusia yang disebalik topeng.


Sejujurnya, aku akui diriku penuh dengan sifat negatif yang kadang kala tidak dapat dibendung. 


Mungkinkah ini sebabnya aku tidak punya ramai kawan yang fix?

Persoalan ku, "Adakah aku memlih ramai kawan or sedikit kawan"


Aku lebih memilih sedikit kawan. Kerana yang sedikit itulah yang boleh menerima diriku yang hampir kesemuanya negatif. Mereka menerima ku seadanya tanpa memperlekehkannya malah mereka try to fix it without abonden me.


Kawan yang ramai, kita tidak akan nampak siapa yang akan tarik tangan ku bila ku ada masaalah. Tiada. Mereka hanya membutakan mata tanpa cuba menghulurkan tangan untuk membantu bukan?


Mulut lebih banyak berbicara tanpa cuba untuk merungkaikan.



The best part ever

Assalamualaikum.

Cause u know i know u know i know what is going onnnnnnnnn~~~~~~

Ohhhhhh (high note biak sampek pecah gelas).

Kemon girls, this is insane. Saya dah try but gelas still tak pecah, and please give me a reason. Opss, maybe suara saya merdu bak buluh merindu ye dok? Hahahaha. Betullah.

Nampak macam saya busy? Sebab lama tak update. Wiwiwiwiwiw. Saya seorang yang busy dan gila kerja sehingga tidak mempunyai masa untuk meng up-to-date kan saya punya blog. Hah! How skema it is? Hehehehe.

No lah, cause aku sekarang students. And now baru start cuti sem. And definetly cuti sem tak sama dengan uni lain. Kebetulan pulak blog lama rosak and saya sedih maka perlu masa utuk recovery balik perasaan saya ni. Ahaha.

Anddddddddddddddddddd u know what? Aku happy. 

Sebab ini blog baru.

Maksudnya, NO FOLLOWER at all! hahahahhahahaha. This is peaceful seyh, sebab aku boleh merepek dan membebel di setiap entri aku kalau aku gatal nak menaip. No need to malu, hehehe. Peace. Senyum nampak gigi sikit. Ha, baru macho, kenyit mata sikit. Ok. Encem. Awak termasuk dalam list senarai future husband saya, harap bersabar untuk diinterview by me. Kihkihkih 

Maka bermulah nyawa baru untuk blog terbaru saya iniiiiiiii. The story of my life begin now. 

First entry for my second blog

Assalamualaikum.

Hello? Ehehehe kekwat jap.

(Tarik nafas, makan sat. Minum. Main game, hembusss. Okay dah boleh mula menaip)

So, this is my second blog as you can see that i typed earlier. Blog I dah jadi kubu pertahanan dah.
Why kubu? (Because selalunya blogger akan type 'berhabuk' or "bersarang" and other words. I pun gunalah ayat lain dari yang lain. No need to argue tho 

Blog yang dulu, sudah berjaya dinyahaktifkan kerana saya pikir ia terlampau childishhhhhh entrynya. Ok. Now dah ada yang tengah memerli aku sambil baca? kan? Kantoiiiiii

Whahahahahaha. Takdelah. Blog lama tak aktif sebab banyak dikesan 'error' link. Ala, dulu kan sibuk nak hias blog bagi 'v-o-g-u-e' gituwww.  But now, udah meningkat remaja. Saban hari sifat malas makin beranak lalu lahirlah lemak malas. Biarlah blog yang baru simple sahaja. Asalkan tidak berserabut.

And, Haiiiiiiiiiii evelibadi!

Long time no seeya uolls, chu capsss! hehe. Cause u know i know u know i know that i busy to settle  'paperwork' for my future after SPM. This is crazyhhhhh cause my brain is totally freeze. I need fresh air right nowwwww........

It's been 1 year, I tak update my blog sampai boleh error my first blog. Aishhh, so sadddd. Hmm. Nasib baiklah dapat copy paste sesetengah post, yang lelain tidak dapat dikenalpasti keberadaannya, hish. Okaylah, memandangkan sudah pagi buta. Dan tinggal beberapa jam je untuk bangkit bangun gi kerja. Baik chawwww dulu gi tidur. Wanshang hao! 

Mula Tua.

Re-Post entry ni dari blog lama (29/11/13 - My Birthday)

Assalamualaikum.

Dear Black and White Diary,

Tanpa aku sedari. Masa amat mencemburui aku. 'Dia' berlalu dengan pantas tanpa sempat aku menarik nafas. Kini, aku bukan lagi seorang kanak-kanak yang tidak punya ilmu pengetahuan. Usia ku semakin meningkat tanpa aku sedari. 


"Sudah tua rupanya aku, ni" detik hatiku.


Aku alpa. Aku lalai dengan dunia khayalan sendiri. Masa aku bazirkan begitu sahaja tanpa mempedulikannya. Sungguh aku alpa dengan duniawi. Tanpa aku memikirkan kesannya pada masa akan datang. Aku tidak langsung menitikberatkan dengan serius, aku hanya memandang remeh. Tidak pernah aku menyesali masa yang dibazirkan begitu sahaja. Namun, suatu hari nanti aku akan bangun dari tidur yang panjang dan menyesali perbuatanku ini. Aku yakin.



Aku berubah sebab aku yang nak . Bukan kerana orang lain . Salah ke hati keras hanya kerana tak sanggup hati dilukai seseorang ?

"Adakah aku dah berubah?" aku bermonolog.


Kini. Aku bukanlah orang yang sama  seperti 10 tahun dulu. Jikalau dulu, aku seorang yang mudah ditindas. Sekarang, tidak lagi. Dulu, aku seorang setia. Sekarang aku masih setia. Dulu, aku selalu dimarahi. Sekarang, aku selalu memarahi. Pada aku, aku tidak banyak bezanya. Tapi tidak pada orang lain.

Mereka anggap aku sudah berubah sama sekali. Namun, adakah mereka ada di samping aku setiap masa untuk menyaksikan apa yang berlaku sehingga aku nekad untuk berubah? Tidak sama sekali bukan. Mereka tiada bersama aku.

Tiada yang sudi mendengar luahan hati aku. Maka, aku nekad menyimpan suara hati aku jauh di dasar lubuk hati agar tiada sesiapa mengetahui sebabnya aku berubah.

Pengalaman yang lepas, aku jadikan pengajaran. Secara tidak langsung, pengalaman itulah yang mematangkan aku. Jikalau dulu, tanpa aku sedar. Orang di sekeliling aku hanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan aku. Kini, aku sedar. Tidak semua berkawan dengan aku secara ikhlas. Ada di antara mereka mempunyai niat yang tidak baik. Bolehkah persahabatan akan kekal jika terdapat niat yang tidak baik?

Pada aku, kawan bermaksud seseorang yang ada di sisi kita tidak kira masa susah atau senang. Maksudnya, 'dia' akan selalu ada dan mengingati kita dari dekat mahupun jauh. Apatah lagi bila suatu hari nanti kita menganggap kawan itu sebagai lawan. Namun, dia setia menanti kita serta memerhati kita dari jauh. Tiada sekelumit pun perasaan benci pada kita, itu yang dinamakan kawan. Andai kita berpisah suatu hari nanti kerana perselahfaham, 'dia' tetap akan mengingati kita tanpa menyalahkan kita seratus peratus.

Kawan amat bermakna dalam hidup aku. Tanpa mereka tiada sesiapa dapat mewarnai hidup aku. Aku tidak ralat mewarnainya sendiri, aku lemah.

Berapa pun umur kita . Seberapa bahagianya hidup kita dan sesihat mana pun kita , itu tidak boleh menjamin  jangka hayat kita . 


                                                                                                                                     

Type of guy that i like

Re-Post entry ni dari blog lama (11/9/13 - Wednesday)


Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Sihat semuanya? Semoga ceria selalu. Saya di sini baik-baik aje kok. Usah dikhuatirin. Post kali ni berkaitan dengan jejaka idaman saya. Yes! Walaupun saya ni tak secantik dan sekurus dan setinggi mana. Tak semestinya saya tak boleh ada kriteria buat seseorang yang istimewa, bukan? I deserve someones better than me. It is because sepasang suami isteri mestilah saling melengkapi antara satu sama lain. It means nobodys perfect. This is for the sake of my future life. Saya tak nak rumah tangga berentakan. Saya harap suatu hari nanti alam rumah tangga biar berkekalan sehingga akhir hayat. Amin!



Kriteria Future Husband dan cara pertemuan yang saya hajatkan:
  • Ada lesung pipit yang dalam
  • Senyuman yang memukau
  • Anak mata warna coklat cair sama macam ayah saya! Hehehe :p
  • Wajah boleh buat saya cair
  • Tak hisap rokok
  • Tinggi.Wajib! Sebab saya rendah orangnya :p
  • Tak panas baran. Saya seorang je dah cukup :p
  • Setia
  • Penyabar
  • Tak gatal. PENTING!
  • Yang boleh bimbing saya dekat dengan ALLAH S.W.T. WAJIB!
  • Terima saya seadanya. Same goes with me. Saya akan terima awak seadanya ;)
  • Pertemuan kita tidak disengajakan
  • Sedia menempuh segala cabaran dalam hidup pada masa akan datang
  • Bibir pink
  • Tak penakut
  • Tak sensitif
  • Tak mudah merajuk
  • Sikap yang boleh buat saya cair dan terpeson
  • Tak rabun
  • Berkerjaya
  • Family awak terima saya seadanya especially yours mom
  • Panggilan untuk saya bukan yang geli-geli K -.-
  • Boleh buat jantung saya bergetar 
  • Buat sesuatu yang sweet gilak laaa
  • Banyak lagi tapi tak boleh tulis kat sini. Yang lain, saya yang nilai xD

Dan yang paling PENTING, my future husband adalah orang yang pertama dan terakhir bertakhta dalam hati saya. For your information, sejak saya dilahirkan sehingga kini saya belum ada boyfriend. Bukan tak ada orang nak, cuma tak ada yang boleh buat saya jatuh hati pada diorang. 

Saya bukan memilih orangnya dan saya juga bukan terdesak nak berboyfriend. Saya terima seseorang itu menjadi boyfriend saya apabila dia berjaya membuat jantung saya bergetar dan buat perasaan saya tak keruan. How sweet is it? 

Saya percaya ramai di antara kamu semua terutama kaum perempuan amat mengimpikan seseorang yang boleh membahagiakan kamu semua, bukan? Maka sebelum membuat sesuatu perhubungan fikir dengan teliti agar tidar terluka suatu hari nanti. Kerana bila terluka akan meninggalkan parut di hati kita. This is our life. Nobody can ask what to do and not to do. We must choose the right one if we want the relationship stay longer till jannah. We are the one who knows our mr. right. So, believe in ourself. Do not regret. Do not selfish. Please think about the others. Think wisely before you act.

Jatuh Hati

Re-Post entry ni dari blog lama (15/8/13 - Thursday)


Assalamualaikum.

Dear Black and White Diary,

Saya baru balik dari raya ahad lepas. Tahun ni kemeriahan berhari raya tak sama macam tahun sebelumnya. Tahun ni kami sekeluarga berhari raya di Kuala Lumpur. As you all knew, Kuala Lumpur kan pack with bangunan-bangunan mencakar langit. Yes! Saya berhari raya kat shopping complex. Kebanyakkannya la. Ye la kita mana ada saudara ramai kat Kuala Lumpur. Family ibu belah Kedah. Family ayah pula belah Johor Bahru. Kat KL tu tak ramai saudara. Maksudnya duit raya tahun ni tak setebal duit raya sebelum ni. Pergi sana sini duit raya pun habis ah. Apa pun elek. Sebab tak raya kat Kedah macam raya sebelum ni ialah

Yes!

Apa dia?


Ce teka?


Sipi-sipi betul


Haaa, try lagi


Ermmm, jawapan merepek ahh


Try. Try


Cubaan yang baik. Tapi tak.


OKAY! ZIP your mouth.

The answer is saya dapat anak buah lagi. Iyay! Mak Lang baru lepas bersalin. Kitaorang berkampung kat rumah dia la. Dapat baby boy. Ehem-ehem. Hehehehehe. And it's fun beb! I do love kids. Playing around with them makes me happy. Kitaorang main masak-masak. Tukar baju princess. Rindu dengan Abang akif, Kakak Ayra dan Adik Lisa. 


Adik Lisa,

Budak ni kecik je lagi. Baru setahun nak masuk dua tahun. Mak Lang cakap Lisa ni copycat. Suka sangat tiru apa kakak dia buat. Masa mula-mula datang, dia takut orang tak kenal. Tak keluar suara dia satu hari tu. Sampai la saya umpan dia nak main bunga api, terus melulu kat saya suruh dukung. Alahai comelnya dia cakap. Bahasa baby cakap mestilah pelat kan, cair gua sik. Itu salah satu sebab aku jatuh hati dekat baby.

Esoknya, hemmm mulalah terjerit sana sini. Sangat comel sik. Dia dah mula kenal, asyik suruh dukung je. Sepanjang saya duduk kat situ. Memang tak lekang si adik dan kakak nya. Kakak buat 'peace' lisa pun ikut.
Kakak pakai baju princess Lisa pun ikut. Senang cita macam belangkas. 

Lisa ni suka cakap dia eyak (berak) walaupun dia tak eyak sebab dia ni suka tukar pampers. Kalau orang tak layan nanti dia nangis sambil menjerit dia eyak. Nak suruh dia diam senang je, ajak dia main kat playgrund terus lupa. Haishhhh rindu dengan diorang.

Ada satu part, masa lagi satu jam nak balik Batu Pahat. Tetiba terfikir nak ajak Abang Akif, Kakak Ayra dan Adik Lisa gi main kat playground. Entah kenapa terdetik kat hati. Masa habis packing barang Kakak Lisa ada tanya saya dengan suara sayu ''Saudara dah nak balik ke?" "Esok datang lagi tak?" Bila budak-budak tanya soalan macam tu, Korang buat apa?

Kalau saya, Saya riba dia pastu kiss pipi dan peluk. Masa dia tanya soalan tu, muka dia berkerut seribu. Tanya pun lambat-lambat. Mana tak luluh dengar. Rasa berat nak berpisah dengan diorang. Macam baru satu hari je duduk sana.

Kecomelan Lisa jelas terselah dekat perangai dia yang suka copycat. Bila dia try buat "peace" walaupun dia tak tahu buat. Dia akan tenguk jari dia. Lisa ni actually hyperactive tau bila dah kenal dengan seseorang tu. Bila dia makan nasi habis terabur atas meja. Lisa pandai keraskan badan kalau ada orang yang dia tak suka nak dukung dia. Cute gila!

Ada ke patut masa nak balik Batu Pahat. Saya ajak kakak saya dua orang jaga budak-budak ni sekali bila main kat playground. Time nak balik tu, saya pimpin tangan kakak Lisa. Kakak saya dua orang tu cuba tarik Lisa balik rumah. Dia boleh kata "Tak nak kawan" dengan pelatnya kat kakak saya pastu terus lari pegang tiang gelongsor. Konon kuat la dia pegang? Hahaha. And then tak lama lepas tu, saya, Lisa dan kakak Ayra main buian kat halaman rumah. Masa tu saya masuk rumah kejap amik sepit rambut, sekali zupppppppp Lisa lari menghala ke playgrond. Tak habis main katanya. Konon lari laju la tu padahal lari terkedek-kedek. Baby, biasalah. Kan comel diorang cenggitu. Lisa merajuk sebab tak dapat gi taman permainan. Dia kalau merajuk terus senyap lepastu tenguk orang dengan mata bulat dia. Hehehehe comel! Sebab tu pipi dia jadi mangsa kiss.


Kakak Ayra,

Ayra ni kakak kepada Lisa. Umur baru 4 tahun. Budak kecik ni suka gila jadi princess. Yooo comel woooo dia pakai baju princess dengan gigi rabbit dia. Bila dia senyum, marah, menangis, masam, merajuk pada saya dia tetap comel sentiasa. Saya suka pegang gigi rabbit kecil dia. Hahaha kiut weyh. Kakak ni walaupun dah besar dia tahu dia tak boleh sangat kena dukung. Tapi saya jenis yang akan dukung diorang walaupun diorang dah besar sikit. Rindu dengan kepetahan dia.

Dulu, masa dia sekeluarga datang ke rumah saya. Saya ajak main kat bilik, fuhhh sampai berpeluh main dengan dia. Dah macam bersenam k. Hyperactive. Walaupun penat tapi saya tetap layan dia. Budak kecik punya permintaan tak kan nak tolak. Tak sampai hati woi!

Masa kat bilik persalinan baju princess, Ayra pakai baju snow white then saya suruh dia makan epal lepas tu pura-pura pengsan. Masa Ayra pengsan tu saya suruh adik Lisa kiss pipi Ayra untuk bangun kan Ayra. Lisa buat lepastu dia ketawa. Ketawa dia tak nampak gigi. So cute. Diorang banyak ketawa. Kitaorang seronok sangat walaupun penat nak tangkap si Lisa yang suka tak pakai baju dalam rumah. 

Actually, dia nak tukar baju princess siap pilih lagi baju apa. Bila nak pakaikan baju princess tu dia terus lari sambil ketawa tak nak pakai baju. Nak cerita banyak banyak pun tak boleh sangat mata dah nak terkatup ni rasanya. 

Bila kat sana bergelak ketawa dengan diorang. Semua masalah hilang umpama terbang bergantung di awan biru.

Banyak sebenarnya cerita ni. Nak taip rasa macam malas. Lagi suka bercerita face-to-facae. Eksaited tak terhingga la.

Abang Akif,

Akif ni banyak main games kat sana. Dia lebih terdorong kepada kaum lelaki kalau main. Walaupun nak cerita pasal dia gak siap buat tajuk tau tapi malas duk taip. Mata dah katup ni. Hmmm sorry Kif. I LOVE YOU!

"Raya tahun ni tak guna phone sebab 2 phone BB masuk wad. Asyik rosak je. Huh. Semua gambar atau kenangan manis terukir di hati kerana kenangan ini sungguh tak ternilai harganya"

Sukan Tahunan

Re-Post entry ni dari blog lama (6/7/13 - Saturday)


Assalamualaikum.

Dear Black and White Diary,

As you all see right now, lately ni aku selalu update post (padahal baru 3 entry baru buek). Bukan den ni tak sebok tapi lately ni den kone leee selalu tulun mummy den. Kosian sama mummy den, dia ponat setiap hari. So, sebagai anak yang baik den gi offerkan diri nak tutup office. Maksudnye lepah sekolah je den terus gi office mummy den tunggu petang sikit baru shutdown office. Yelah, den buek cenggitu agar mummy den dapaek rehat belah petang dokat rumah ajok. Sebab sebelah malamnya mummy den ni kone keje balik. Aish, meaningnye den tak bukak buku ah kat office mummy den ni. Malaun juga dek ni kan? Ye tak? SPM doh nak dekiat pun tok sader-sader lagi. huish. Parah-parah.

Ni den bawu balik sukan berapa jam yang lepah. Sukan tahunan lah katakan. Sapo kate den takdo masuk acara? Ehhhhhh, adooo. Sapo kato? Habaq kat den aihh. Den masuk acara sampai lebam lutut den, mu 
adoooo? Tado usah ghoyak banyak. Hahaha. Sakit wooo. 

Sekali sekala nak buat tulisan lain dari yang lain.


Comeback

Re-Post entry ni dari blog lama (30/6/13-Sunday)


Assalamualaikum.

Dear Black and White Diary,

Maaf, ini bukan comeback stage artis korea ke apa. Ini hanyalah saya. Dan entry ini berunsurkan kegedikan melampau. Weheeeee, lama betul tak update story morie kat you eh diary. Just nak inform kat you yang I lately ni hidup bahagia. So, jangan risau pasal saya. Even dah lama tak contact awak, saya still ingat lagi tau password nak access awak kay. Password facebook saya tak ingat langsung tau, so you better appreciate. Kalau tak saya merajuk dengan awak dua tahun. Huh! Ek eleh ingat saya tak boleh ke? Awak jangan cabar saya. Ni pun dah nak dekat setahun saya tak jenguk awak. 


Purpose saya letak gambar ni sebab dia menyentap jantung saya. Jangan menangis sayang, I janji I tak akan tinggalkan you lagi. I janji! This is my love. I fall in love with him. Yes, I do. You nampak cute menangis. Minho, sini I lapkan air mata you. Saranghae oppa!



Ini Running Man. Variety show asal dari korea selatan. Kebelakangan ini rantingnya menaik. Hello, korang jangan nak fikir yang aku ni budak baru tenguk eh. Peleaseeee ah. Dah lama follow, korang je yang baru nak up. Kalau dulu aku asyik fikir sampai berkali-kali nak update entri pasal k-pop ni tapi ye lah kan korang korang korang korang korang semua kan mana ada kerja sebab tu kalau dulu orang post k-pop korang dok bash sana sini. Aku naik fedhup. Lastly, korang korang korang korang korang yang dok bash orang yang fanatik k-pop. Konon trend. Trend lutut kau. Huh.

Eh, kita buat entri ni bukan nak marah-marah. Kita bagi explanation agar korang tak salah sangka. Btw, running man ni dari dulu aku suka Song jong ki. Hehehe sebab dia comel lote. And one more thing is dari dulu aku mention yang Song Ji Hyo tu mukanya sama dengan Nora Danish tapi my akak's says 'no'. Untill now aku rasa diorang mirip. I don't care orang cakap tak sama ke apa. Ni buktinya.




Haaaa sipi sipi sama kan. Sebagai rakyat malaysia saya berharap agar pihak bertanggungjawab yang membawa running man melakukan mission di Malaysia kelak ketemukan Nora Danish sebagai guest di dalam mission running man di malaysia. Minta dipertimbangkan cadangan saya.

Rasa macam kelakar pulak bila membahasakan diri sendiri dengan 'I','Kita', 'Saya' dan 'Aku'

Never

Re-Post entry ni dari blog lama (3/7/12 - Tuesday)

Assalamualaikum.

Saya tak penah kata saya sukakan awak. Kalau awak nak tahu sejak dulu lagi saya tak suka awak. Awak nak tahu tak yang awak ni selalu susah kan saya. Mula-mula saya boleh bertahan tapi lama-lama saya rebah juga sebab tak boleh menahan awak. Saya cuba tabahkan diri. Tapi badan saya tak larat menanggungnya. 

Kalau boleh saya tak nak awak ada dekat saya boleh? Tapi itu mustahil. Mustahil untuk seorang manusia sihat selamanya tanpa ada sebarang penyakit. Tapi saya rimas bila saya sakit je hingus meleleh tanpa ada amaran. Mana boleh! Lepas itu, bersin la. Batuk la. Semua ni nampak saya lemah. Tak macho dah. Hmm. Pastu kena paksa makan ubat pill. Ishh ubat selain ubat pill tak ada ke mommmy? Please............




CORETAN : Hingus kasihanilah saya. Berhenti la mengalir. Demam cepatlah kebah kerana saya tak tahan lagi ni menanggung. Badan tak bermaya, lemah rasanya. Habis hilang macho. Hampeh punya demam.


Thanks to 'em

Re-Post entry ni dari blog lama (15/6/12 - Friday)


Assalamualaikum.

Jam menunjukkan pukul 12:41 pagi menandakan saya sepatutnya sudah tidur dibuai mimpi indah. Sepatutnya  tapi saya ni susah nak tidur awal. Ibu gelar saya burung hantu. Pelik kan gelaran tu. Hmm kalau burung hantu, pagi tidur malam pulak berjaga. Tapi saya ni pagi berjaga malam pun berjaga lewat so saya bukan kategori burung hantu kan?

Before that, Thanks to Allah s.w.t, Parents, Family, Teachers, Friends and others. Allhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Result Mid Year Exam setakat ni saya lulus semuapaper. Cuma tinggal lagi dua paper je lagi belum dapat. Iaitu Agama danSejarah. Allhamdulillah sekali lagi, saya tak menjangkakan saya akan lulus paper examsampai ke tahap ini. Ye la kan markah sipi-sipi nak failed je. Hak alohhh, ni pun barufirst time jawab peperiksaan form 4 real macam spm punya. Terbaikkkkk!
Moga-moga dari hari ke hari saya semakin improve! Otak ku sayang sudah tiba masanya kamu membuktikkan kewujudan kamu di dalam badan saya selama ini. Tunjukkan kemunculan sikit demi sedikit. 


CORETAN : "Bangkitlah demi kebaikan diri sendiri dan orang lain, Jangan sesekali mengalah. Tabah menghadapi segala dugaan demi mencapai matlamat"