cupid

Thursday, 27 November 2014

Mula Tua.

Re-Post entry ni dari blog lama (29/11/13 - My Birthday)

Assalamualaikum.

Dear Black and White Diary,

Tanpa aku sedari. Masa amat mencemburui aku. 'Dia' berlalu dengan pantas tanpa sempat aku menarik nafas. Kini, aku bukan lagi seorang kanak-kanak yang tidak punya ilmu pengetahuan. Usia ku semakin meningkat tanpa aku sedari. 


"Sudah tua rupanya aku, ni" detik hatiku.


Aku alpa. Aku lalai dengan dunia khayalan sendiri. Masa aku bazirkan begitu sahaja tanpa mempedulikannya. Sungguh aku alpa dengan duniawi. Tanpa aku memikirkan kesannya pada masa akan datang. Aku tidak langsung menitikberatkan dengan serius, aku hanya memandang remeh. Tidak pernah aku menyesali masa yang dibazirkan begitu sahaja. Namun, suatu hari nanti aku akan bangun dari tidur yang panjang dan menyesali perbuatanku ini. Aku yakin.



Aku berubah sebab aku yang nak . Bukan kerana orang lain . Salah ke hati keras hanya kerana tak sanggup hati dilukai seseorang ?

"Adakah aku dah berubah?" aku bermonolog.


Kini. Aku bukanlah orang yang sama  seperti 10 tahun dulu. Jikalau dulu, aku seorang yang mudah ditindas. Sekarang, tidak lagi. Dulu, aku seorang setia. Sekarang aku masih setia. Dulu, aku selalu dimarahi. Sekarang, aku selalu memarahi. Pada aku, aku tidak banyak bezanya. Tapi tidak pada orang lain.

Mereka anggap aku sudah berubah sama sekali. Namun, adakah mereka ada di samping aku setiap masa untuk menyaksikan apa yang berlaku sehingga aku nekad untuk berubah? Tidak sama sekali bukan. Mereka tiada bersama aku.

Tiada yang sudi mendengar luahan hati aku. Maka, aku nekad menyimpan suara hati aku jauh di dasar lubuk hati agar tiada sesiapa mengetahui sebabnya aku berubah.

Pengalaman yang lepas, aku jadikan pengajaran. Secara tidak langsung, pengalaman itulah yang mematangkan aku. Jikalau dulu, tanpa aku sedar. Orang di sekeliling aku hanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan aku. Kini, aku sedar. Tidak semua berkawan dengan aku secara ikhlas. Ada di antara mereka mempunyai niat yang tidak baik. Bolehkah persahabatan akan kekal jika terdapat niat yang tidak baik?

Pada aku, kawan bermaksud seseorang yang ada di sisi kita tidak kira masa susah atau senang. Maksudnya, 'dia' akan selalu ada dan mengingati kita dari dekat mahupun jauh. Apatah lagi bila suatu hari nanti kita menganggap kawan itu sebagai lawan. Namun, dia setia menanti kita serta memerhati kita dari jauh. Tiada sekelumit pun perasaan benci pada kita, itu yang dinamakan kawan. Andai kita berpisah suatu hari nanti kerana perselahfaham, 'dia' tetap akan mengingati kita tanpa menyalahkan kita seratus peratus.

Kawan amat bermakna dalam hidup aku. Tanpa mereka tiada sesiapa dapat mewarnai hidup aku. Aku tidak ralat mewarnainya sendiri, aku lemah.

Berapa pun umur kita . Seberapa bahagianya hidup kita dan sesihat mana pun kita , itu tidak boleh menjamin  jangka hayat kita .